'Bahasa Arab merupakan bahasa ahli syurga, pelajarinyalah!

Iklan
IMAM MUDA FAKHRUL

MENJADI perkara yang penting kepada umat Islam untuk mempelajari bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa al-Quran dan Sunnah bagi memudahkan kita untuk memahami kedua-duanya.

Firman ALLAH SWT:"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran berbahasa Arab agar kamu memahami." (Surah Yusuf, ayat 2)

Iklan
Iklan

Pendakwah Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul berkata, memahami al-Quran dan Sunnah sebenarnya bererti kita memahami agama. Malah, katanya, Saidina Umar RA pernah menyebut:"Belajarlah bahasa Arab kerana ia sebahagian daripada agama kamu."

Justeru, mempelajarinya menjadi satu kewajipan.

Iklan

"ALLAH menyuruh kita bukan sahaja membaca al-Quran, malah lebih penting lagi untuk mentadabur kalam ALLAH itu. Oleh sebab itu, betapa pentingnya kita memahami bahasa Arab dan mempelajarinya ialah fardu kifayah.

"Malah, orang yang mempelajari bahasa Arab atau menjadikan sebagai kerjaya sebenarnya telah dapat membantu ramai orang untuk memahami al-Quran. Pahalanya sangat besar kerana ia telah menjadi sebab kepada kebaikan orang lain," katanya kepada Sinar Islam.

Iklan

Sementara itu, tokoh agama Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai muslim, memang digalakkan untuk memahami bahasa Arab kerana dengan sendirinya kita akan memahami apa yang ALLAH SWT hendak sampaikan.

"Dengan itu, ia akan lagi menambahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH SWT. Bahasa Arab merupakan bahasa ahli syurga dan bahasa nabi-nabi. Kalau kita pelajarinya dari awal, memang 'cantik' sebab kita sudah ada asasnya.

"Pelajarilah bahasa al-Quran sebab ia akan menambah kelazatan kita beribadah di dalam solat dan ketika kita membaca al-Quran," ujar beliau.