Lelaki mengaku bersalah hina nabi

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di laman sosial Facebook, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Danny Antoni, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy semasa sebutan semula kes itu hari ini dan mahkamah menetapkan 17 Julai untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, Danny didakwa telah memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam yang mungkin boleh menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam menggunakan laman profil 'Danny A'antonio Jr' dengan pada 1.21 pagi, 9 Januari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Iklan

Dia juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan niat sama pada tempat dan masa serupa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 10 pagi, 4 Mac lepas.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyaraf Md Kamal memohon hukuman berat mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh kerana telah menjejaskan keharmonian negara.

"Tertuduh telah melakukan kesalahan serius dengan menggunakan ayat-ayat yang kasar dan kesat serta secara terang-terangan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

"Ayat-ayat yang digunakan oleh tertuduh berbentuk provokasi secara khususnya ditujukan kepada umat Islam sekaligus telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Danny yang diwakili peguam P.Rajsurian memohon hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap dan mengambil kira tertuduh penanggung tunggal keluarga.

"Anak guam saya telah insaf dan menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukannya. Anak guam saya juga memohon maaf kepada mahkamah,” kata peguam itu. - Bernama