Polis buka kertas siasatan kes video seks tular

Iklan
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan terhadap penyebaran video seks dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet yang tular sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berhubung penyebaran video terbabit sudah dibuka sebaik sahaja pihaknya menerima laporan polis dibuat beberapa individu kelmarin.

Iklan
Iklan

"Laporan polis sudah dibuat, dan seperti biasa tindakan kita apabila terima aduan adalah buka kertas siasatan serta tunggu garis panduan yang diberikan Jabatan Peguam Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya sabar, tabah dan tenang: Azmin

"Bagi kes ini, tiada tindakan ‘lain daripada lain’ yang akan diambil, kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ada,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia yang mengadakan Wawancara Khas di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Iklan

Abdul Hamid berkata, PDRM tidak akan menyebelahi serta tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak melalui kenyataan yang dikeluarkan.

"Saya tidak boleh dedahkan siasatan setakat ini dan saya juga tidak mahu menambahkan sensasi terhadap kes tersebut.

Iklan

"Biar PDRM siasat dan janganlah terlalu sensasikan perkara ini,” katanya.

Kelmarin, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.

Susulan itu, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya terlibat dalam video berkenaan.