20 militan Taliban ditahan di Afghanistan

Iklan
Gambar hiasan

KANDAHAR - Agensi Perisikan Afghanistan menahan 20 anggota militan Taliban di wilayah Kandahar, selatan Afghanistan dalam tempoh 10 hari lalu, lapor agensi berita Xinhua.

"Mereka ditahan kerana terlibat dalam aktiviti subversif termasuk serangan terhadap pasukan keselamatan, ulama, menanam periuk api di jalan raya dan menyerang orang awam," menurut kenyataan agensi itu pada Khamis.

Iklan
Iklan

Semua yang ditahan mengaku terlibat dalam kegiatan pengganas dan menyokong kumpulan Taliban menyerang pihak kerajaan.

Bagaimanapun, pihak Taliban belum membuat sebarang respons berhubung perkara itu. - Bernama

Iklan
Iklan