Majikan diminta rekrut bekas pelatih Puspen

Iklan
Hasnul Zulkarnain (dua dari kanan) meraikan 23 bekas penagih lelaki yang menjalani pemulihan di Puspen, Batu Kurau dan dibebaskan ke pangkuan keluarga masing-masing.

BATU KURAU - Majikan di Perak diminta mempertimbangkan pengambilan bekas pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) untuk bekerja dengan mereka bagi mengelakkan mereka kembali terjebak najis dadah.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, inisiatif itu juga sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan majikan kepada pengambilan pekerja asing untuk bekerja di perusahaan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bekas pelatih itu perlu dibantu supaya mereka turut berasa mempunyai tempat dan diterima semula masyarakat secara positif.

"Selain itu, kita tidak mengetahui latar belakang warga asing yang bekerja di negara ini dan ini bimbang turut menyumbangkan masalah gejala sosial. Majikan tidak perlu bimbang untuk mengambil mereka kerana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memantau bekas pelatih yang diambil bekerja oleh majikan.

Iklan

"Inisiatif itu dapat membantu kerajaan membasmi dadah di negara ini dan majikan juga mendapat insentif potongan cukai apabila mengambil bekas pelatih berkenaan bekerja," katanya selepas merasmikan Majlis Lambaian Kasih Aidilfitri anjuran Pemadam dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Pemadam negeri berkata, setiap agensi kerajaan dan swasta tidak perlu bimbang untuk memberi peluang pekerjaan kepada bekas penagih itu.

Iklan

Menurutnya, penagihan dadah di negeri ini mencatatkan penurunan dan kerajaan negeri memerlukan penglibatan pemimpin komuniti untuk membantu membasmi dadah.

"Paling penting, setiap ahli masyarakat terutama ibu bapa perlu memantau pergerakan dan pergaulan, memberikan perhatian dan kasih sayang dalam memastikan bekas penagih pulih sepenuhnya.

"Tiada ubat untuk penagih melain sikap dan jiwa yang perlu dibersihkan dan dirawat dengan sifat mahmudah. Buang segala sikap angkuh, bangga diri, riak, dengki, amarah, malas dan asyik menyalahkan orang lain dengan amalan selalu bersyukur, pemaaf, sabar, rajin dan rendah diri," katanya.

Seramai 23 bekas penagih lelaki menjalani pemulihan sejak tahun lalu dibebaskan dari Puspen di sini hari ini kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.