"DON'T tell people your plans, show them results,” itu kata penyanyi Ayda Jebat pada satu hantaran di laman Instagramnya hari ini sempena meraikan kejayaan muzik video Temberang, single nyanyiannya yang kini telah mencecah lebih 20 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 21 Disember lalu.
Dalam masa yang sama Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan dan pasukan yang terlibat dalam pembikinan muzik video terbabit.