MUSCAT - Dua kapal tangki minyak dilaporkan diserang dengan torpedo di Teluk Oman hari ini.
"Kapal tangki minyak tersebut, Front Altair yang membawa bendera Marshal Islands dan Kokuka yang membawa bendera Panama turut menghantar panggilan kecemasan sejurus insiden serangan tersebut. Kesemua kru bagaimanapun disahkan selamat dan dipindahkan dari kapal yang terbakar,” menurut laporan media tempatan.