Pelamin anganku musnah angkara penipu

Iklan
Gambar hiasan

SEDIH dan kecewa selepas pakej perkahwinan merangkumi hidangan makanan, sistem bunyi dan kelengkapan pelamin tidak seperti dijanjikan, sebanyak empat laporan polis dibuat ke atas syarikat yang menawarkan pakej berkenaan.

Difahamkan, pelbagai pakej antara RM5,000 hingga RM11,000 ditempah untuk majlis perkahwinan, namun apa yang disediakan didakwa tidak seperti dijanjikan menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, secara keseluruhan pihaknya menerima 12 laporan polis dengan 10 daripadanya berkaitan pakej kelengkapan perkahwinan, manakala dua lagi adalah tender menyediakan makanan di institusi pengajian tinggi.

Katanya, daripada 10 laporan polis berkaitan pakej perkahwinan, empat sudah melangsungkan majlis manakala enam lagi belum dilangsungkan yang mana laporan pertama diterima pada 29 November lalu.

Iklan

"Empat majlis sudah berlangsung, tetapi makanan disediakan tidak seperti dipersetujui dalam kontrak. Enam lagi mangsa membuat laporan polis selepas membaca mengenainya di Facebook,” katanya.

Habibi berkata, mangsa membuat bayaran kepada syarikat terbabit melalui transaksi bank dan ada juga dibayar secara tunai.

Iklan

Beliau berkata, suspek berusia 27 tahun sudah ditahan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya lebih berhati-hati dan memastikan syarikat atau ejen yang menawarkan pakej perkahwinan itu betul-betul telus,” katanya.