TANAH MERAH - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam satu kemalangan di Nibong di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Mu’azzam Adnan, 27, dipercayai mengelak sebuah kereta yang membelok ke kanan ketika dia dan pemandu kenderaan itu berada di laluan yang sama.
Iklan
Iklan
Akibat tindakan itu, mangsa hilang kawalan lalu motosikalnya terbabas ke laluan bertentangan.
Mangsa dibawa ke Hospital Jeli dan meninggal dunia dalam perjalanan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat.
"Kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk tindakan lanjut," katanya.