20 pasukan berentap Futsal Raya

Iklan
Generasi Felda Seroja Jengka 18 yang menyertai Futsal Raya Sekampung baru-baru ini.

MARAN- Sebanyak 20 pasukan generasi baharu Felda Seroja Jengka 18 berentap memburu gelaran juara sempena Futsal Raya Sekampung Felda Seroja Jengka 18 baru-baru ini.

Perlawanan anjuran Kami Anak Felda (KAF) yang berlangsung di di padang awam tanah rancangan turut disertai pemain keturunan India iaitu pekerja Ladang Felda Plantation yang menawarkan memeriahkan program itu.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Zale Azman Abd Malik berkata, program turut mendapat kerjasama pengurusan rancangan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan ( JKKR), Belia dan Jawatankuasa Masjid Nurul Huda Jengka 18 dan usahawan anak peneroka, Burhanuddin Ahmad Mahmud.

Menurutnya, juara menjadi milik pasukan Rendang sekali gus membawa pulang Piala Pengurus Rancangan Azlin Abdullah, naib johan diraih oleh pasukan Loyang dan ketiga,Bahulu dan keempat dimenangi kumpulan Dodol.

Iklan

"Penganjuran kali pertama ini ternyata mendapat sambutan baik daripada generasi baru Felda termasuk anak peneroka di rantau yang pulang bercuti berhari raya.

"Perhimpunan terbesar anak muda di pentas futsal raya memberi signifikan tersendiri kepada golongan ini untuk bertemu kawan yang lama terpisah atas faktor kerja dan urusan peribadi," katanya selepas majlis perasmian oleh pengurus rancangan Felda Seroja Jengka 18, Azlin Abdullah.

Iklan

Sementara itu Azlin berkata, penganjuran futsal raya menepati objektifnya kerana generasi muda dapat berkumpul selain menyerlahkan semangat jati diri dan sayang kepada rancangan Jengka 18.

"Ada anak yang tidak pernah berjumpa dan mengenali di antara satu sama lain atas faktor perbezaan usia terkejut mereka berasal dari tanah rancangan yang sama,"katanya.

Azlin berkata, pihak KAF dan pengurusan Felda bercadang menjadikan acara ini tahunan kerana memberi banyak manfaat kepada pengukuhan silaturahim warga Felda Jengka 18.

Menurutnya, pihak Felda sentiasa menggalakkan aktiviti kemasyarakatan seperti sukan kerana sangat mudah untuk menjalin hubungan silaturahim sekali gus ejen pemacu kemajuan.