Tercampak keluar dari kereta, dua beradik maut

Iklan
Dua Anggota Bomba & Penyelamat di lokasi kemalangan. – Foto IPD Tawau

TAWAU - Dua beradik perempuan maut selepas kereta yang dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Tawau, pada Rabu.

Dalam insiden jam 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, tujuh tahun, dan Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan awal polis, kenderaan Pajero Sport yang dinaiki keluarga itu hilang kawalan selepas pemandunya, Nur Asilah Abd Majid, 33 tahun, terlelap seketika.

Kenderaan yang datang dari arah Tawau ke Labuan itu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung, lapor Astro Awani.

Iklan
Mangsa, Nur Halisa, 7 dan Nur Syaakur, 5. – Foto Pasti Sabah

Akibatnya, Nur Halisa Sufiyya dan Nur Syaakur Safiyyah yang duduk di kerusi belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

Ayah mereka bersama seorang lagi adik berumur 1 tahun 4 bulan berada di hadapan sebelah kiri pemandu.

Iklan

Ayah, ibu dan adik mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ayah mangsa, Resmanshah merupakan penulis novel terkemuka negara.

Di antaranya ialah novel Karma, Kerusi dan Lif bersama Buku Prima.

Beliau juga menulis dengan Lejen Press melalui novel Lelaki dan Sebilah Pisau dan Langit Nan Gelap.