Penunjuk perasaan Hong Kong kutip sampah

Iklan
Peserta kumpulan protes tersebut enggan membiarkan longgokan sampah sarap mencemari pemandangan sekitar Hong Kong.

HONG KONG - Puluhan penunjuk perasaan di Hong Kong kembali ke jalan utama semalam untuk mengutip sampah yang ditinggalkan peserta kumpulan protes mega yang membantah undang-undang ektradisi yang dicadangkan kerajaan.

Demonstrasi jalanan yang berlangsung kelmarin telah melumpuhkan seluruh pusat bandar Hong Kong yang turut menyaksikan kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis antirusuhan.

Iklan
Iklan

Sehari selepas insiden itu, sekumpulan remaja dilihat sanggup meredah hujan untuk membersihkan sekitar bandar tersebut yang dicemari longgokan sampah sarap.

"Kami hanya mahu bantu bersihkan bandar ini. Kami bukan anggota mana-mana pertubuhan. Kami mahu jadi rakyat yang bertanggungjawab kerana timbunan sampah sarap ini berpunca daripada kami.

Iklan

"Saya adalah salah seorang peserta protes dan sebahagian penduduk Hong Kong. Saya mahu lakukan sesuatu untuk bandar ini," kata salah seorang pemuda yang memakai topeng muka.

Sejak malam kelmarin, usaha membersihkan kawasan berhampiran daerah Admiralty giat dilakukan.

Iklan

Kira-kira 72 cedera manakala 11 lagi ditahan ketika protes itu yang disertai puluhan penunjuk perasaan di luar bangunan Majlis Perundangan di mana rang undang-undang itu dijadualkan untuk dibahaskan. - Agensi