KUALA PILAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah kereta di laluan bertentangan di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, mangsa, Ramli Akop, 52, meninggal dunia dalam kejadian jam 10.50 malam itu.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh hadapan kereta.
"Akibat perlanggaran di laluan berselekoh itu, mangsa yang dipercayai parah di bahagian kepala dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.