100 pelajar universiti sertai program 'MOE-Intel Elite Internship'

Iklan
Maszlee Malik

PUTRAJAYA - Seramai 100 pelajar dari enam universiti awam terpilih untuk menjalani latihan selama dua bulan menerusi program ‘MOE-Intel Elite Internship’ yang akan memberi pendedahan kepada mereka mengenai perisian reka bentuk cip yang mengikuti standard industri.

Program yang akan bermula 24 Jun ini melibatkan pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Iklan
Iklan

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, program itu diadakan pada masa yang tepat kerana keperluan untuk jurutera elektronik sangat penting untuk selari dengan Revolusi Industri 4.0, yang menekankan automasi elektronik.

"Saya ingin menggesa semua pelajar untuk merebut peluang keemasan ini dan menguasai pemindahan pengetahuan dalam industri. Inilah masanya untuk pelajar meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mereka,” katanya ketika melancarkan program itu di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, program itu juga menyediakan latihan kepada 12 pensyarah dari enam universiti terlibat menerusi program lawatan anggota fakulti untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan industri mengenai reka bentuk silikon.

Menurut Maszlee, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif baharu Jabatan Pendidikan Tinggi dikenali sebagai ‘Academia Industry Expert Exchange Program’ bertujuan berkongsi kepakaran dua hala dan untuk mempromosikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap keperluan dan jangkaan akademik dan industri.

Iklan

"Dengan program seperti ini, graduan daripada bidang elektronik atau mikroelektronik boleh diserap terus ke dalam industri,” katanya.- Bernama