Lagi NGO sokong Dr Zakir Naik tidak diekstradisi
Iklan
Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu
KANGAR - One Centre Malaysia, Perlis menyokong penuh tindakan tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Tokoh Pendakwah Antarabangsa Dr Zakir Naik
yang menjadi mangsa fitnah dan tohmahan beberapa pihak yang sengaja mahu membuat provokasi agama dan perkauman.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Operasi, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berkata, sikap ketegasan Mahathir itu dapat menjamin keselamatan Dr Zakir Naik di bumi Malaysia.
Katanya, pendirian Dr Mahathir itu selari dengan perlembagaan negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan.
Iklan
"Secara tidak langsung, pendirian ini turut membuktikan agama Islam akan terus terpelihara di Malaysia," katanya menerusi suatu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kenyataan Dr Mahathir itu juga melambangkan beliau tidak akan tunduk dengan kehendak kezaliman dan penindasan di India.
Iklan
"Jadi sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi prinsip rukun Negara, sewajarnya kita semua menyokong penuh serta menghormati pendirian tegas ini," katanya.
Tambahnya, mereka juga percaya dakwaan kerajaan India bahawa Dr Zakir Naik terlibat dengan aktiviti keganasan dan penggubalan wang haram hanyalah tuduhan yang tidak berasas.
"Apatah lagi sehingga hari ini, mereka masih gagal untuk membuktikan kesalahan Dr Zakir Naik.
"Kegagalan mereka untuk mendapatkan Notis Merah daripada Interpol kerana ketiadaan bukti yang kukuh secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa tuduhan mereka adalah atas faktor politik dan peribadi.
"Kami juga yakin sekiranya Dr Zakir Naik diekstradisi ke India, beliau tidak akan mendapat hak dan layanan yang adil daripada kerajaan India," katanya.
Katanya, dengan pendirian tegas Dr Mahathir, mereka yakin proses ekstradisi Dr Zakir Naik yang dimohon oleh kerajaan India tidak akan berjaya.
"Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong segala usaha dalam mengekang sebarang provokasi berniat jahat seterusnya berdiri teguh menolak sebarang kezaliman dan penindasan terhadap mereka yang tidak bersalah,"katanya.
Walau bagaimanapun Muhammad Zamri Vinoth turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan Dr Zakir Naik.
"Mereka tidak henti-henti membuat provokasi jahat sehingga boleh menggugat kestabilan perpaduan negara.
"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara, kami bimbang akan sikap melampau ini kerana ia akan mengundang kekacauan dalam kalangan masyarakat," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: PM banding status Zakir dengan ekstradisi Sirul
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, kerajaan Malaysia perlu mengetahui apa yang berlaku kepada Dr Zakir Naik sebelum menerima permohonan ekstradisi daripada pemerintah India.
Beliau berkata, perkara itu sama seperti apa yang berlaku terhadap banduan (Sirul Azhar) yang lari ke Australia.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam