'Awang Hitam' didakwa cederakan anggota bomba

Iklan
mahkamah

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan seorang anggota bomba, dua minggu lepas.

Adamu Abubakar Ojonugwa, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Iklan
Iklan

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan Mohd Azrul Nizam Abdul Wahab, 36, dari menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam di sebuah bilik, Hotel Citin Seacare, Jalan Pudu di sini pada 6.40 petang, 6 Disember lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Januari ini untuk sebutan semula kes.- Bernama.

Iklan