Lima sahabat didakwa merusuh

Iklan

PETALING JAYA - Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas tuduhan melakukan rusuhan di sebuah taman permainan, tiga hari lalu.

Aiman Aqim, Mohd Syazmeer Khan Mohd Hisham, Raziq Aiman Razali yang masing-masing berusia 19 tahun serta Muhammad Faris Azmal Mohd Azmey dan Nor Aiman Shah Che Abdul Rahman yang berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan rusuhan di sebuah taman permainan di USJ 3A, Subang Jaya, di sini, jam 5.30 petang, pada 11 Jun lalu.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, mereka yang diwakili peguam Mohamad Yusoff memohon jaminan rendah atas alasan kesemua anak guamnya adalah pesalah muda selain masih belajar.

Iklan

Majistret Salamiah Salleh membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 10 Julai depan.