Ragbi perempuan Putat Lions sukar digugat

Iklan
Pemain Putat Lions dan pegawai pasukan bersama hadiah kemenangan.

PASUKAN ragbi perempuan Putat Lions dari SK Putat, Jitra muncul johan bagi kategori perempuan bawah 14 tahun Kejohanan Ragbi Broncos 7's tahun 2019 yang pertama kali dipertandingkan baru-baru ini.

Pasukan tersebut mengekalkan kecemerlangan tanpa bolos sehingga perlawanan akhir apabila menewaskan SK Taman Awana yang dikenali dengan jolokan Tarantula dengan keputusan 5-0.

Pemain terbaik kejohanan, Nur Ayu Sabrina Rashid.

Iklan
Iklan

Pengurusnya, Fauzi Sambang berkata, pada laluan awal kejohanan, Putat Lions diletakkan bersama sama pasukan SM Sains Kepala Batas dan SM Sains Sultan Abdul Halim.

Menurutnya, anak-anak buahnya berjaya mengikut arahan dan taktikal yang diarahkan apabila menewaskan SM Kepala Batas dengan keputusan 40-0 dan pada aksi kedua pula menewaskan SM Sains Sultan Abdul Halim 10-0.

Iklan

"Pada peringkat separuh akhir, Putat Lions bertemu dengan SM Sains Pokok Sena dan berjaya menewaskan pasukan itu dengan keputusan 5-0 serta layak ke pertandingan akhir bertemu SK Taman Awana dan menewaskan pasukan itu juga dengan keputusan 5-0," katanya kepada Sukan Sinar.

Fauzi berkata, pasukannya juga beroleh kejayaan berganda apabila pemainnya, Nur Ayu Sabrina Rashid dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan setelah menunjukkan mutu permainan yang menarik dan meyakinkan.

Iklan

Dalam pada itu, jurulatih pasukan itu, Norhasri Hasan berkata kemenangan pasukannya bermakna pada kali ini kerana sebelum ini sering disekat di peringkat separuh akhir di peringkat kebangsaan oleh pasukan lebih berpengalaman seperti Kolej Tunku Kurshiah dari Negeri Sembilan.

"Terima kasih juga kepada para waris dan penaja (Oblong Burger) dari Syarikat Seleraku Trading Sdn Bhd Jitra yang banyak membantu pasukan selama ini.

"Saya berharap kejayaan ini juga mampu menjadi pemangkin semangat untuk semua pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya iaitu Kejohanan Ragbi bertaraf Antarabangsa yang akan berlangsung pada awal bulan November di Negeri Sembilan," katanya.