KECOH seketika dunia hiburan apabila dua pelakon popular yang merupakan rakan baik, iaitu Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida dikatakan 'bersengketa'.
Dan perkara itu turut menarik perhatian beberapa artis antaranya, Abby Abadi.
Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi status dimuat naik di Instagram (IG) miliknya mahu Erra Fazira yang dianggap kakak supaya kuat dan tidak berputus asa dengan ujian menimpa pelakon itu.
"ALLAH uji sebab sayang. Bahagian saya lain, kakak (Erra) lain pula. Tapi kena terus kuat okay kakakku. Ujian itu tanda ALLAH sayang. Sebab itu Dia bagi perhatian kepada kita. Dia nak kita makin dekat dengan Dia.
"Menangislah semahu-mahunya tetapi jangan putus asa dengan rahmat-Nya. ALLAH sebut dalam Al-Quran, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Yakin dengan janji-Nya okay kakak ku yang cantik, lawa dan manis selalu,” katanya.