Kembara Petron: Alami kuasa Blaze 95 TriAction Advantage

Iklan
Pemanduan bermula dari stesen minyak Petron MRR2 Selayang.

PETRON Malaysia menganjurkan pengembaraan media ‘road trip’ eksklusif pada 28 dan 29 November lalu di salah satu laluan yang mencabar dan menarik di negara ini untuk membuktikan formula aditif TriAction Advantage Blaze 95.

Pengembaraan mengumpulkan peserta yang terdiri daripada 20 penulis media dan blogger untuk sesi memandu dalam perjalanan sejauh 280 kilometer selama 7 jam.

Iklan
Iklan

Pemanduan bermula dari stesen minyak Petron MRR2 Selayang, Kuala Lumpur dan berhenti di Kuala Gandah dan Temerloh sebelum menamatkan perjalanan di Gambang, Pahang.

KEMBARA TAHUNAN

Peserta diberi peluang untuk merasai pemanduan yang menggunakan minyak Petron Blaze 95 yang dirumuskan dengan TriAction Advantage.

Iklan

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron sangat teruja untuk mengadakan kembara tahunan bersama media.

"Ini ialah kembara kelima kami secara berturut-turut dengan media yang merupakan sebahagian daripada promosi bahan api fuel happy kami yang inovatif dan perkhidmatan pelanggan terbaik di stesen kami,” katanya.

Iklan

Tambahnya lagi perjalanan selama dua hari itu dikuasai sepenuhnya oleh Petron Blaze 95 manakala perjalanan para peserta disediakan secara eksklusif daripada syarikat kereta terkemuka, Euromobil Sdn Bhd, Honda Malaysia Sdn Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd.

Pihak media diberikan peluang untuk menguji kuasa dan kecekapan Petron Blaze 95 dengan TriAction Advantage apabila konvoi melalui jalan berbukit dan berliku dengan pemanduan bersama Audi A6 dan Q3, Honda CRV serta Perodua Myvi sebelum berhenti rehat di Tempat Perlindungan Gajah Kuala Gandah.

Konvoi kemudiannya diteruskan dan sekali lagi berhenti di Temerloh bagi menikmati lauk tradisional Patin Tempoyak. Kesemua kenderaan mengisi semula minyak di Petron KM 3.5 Mile Jalan Gambang.

"Pengembaraan ini menonjolkan bahan api Blaze 95 RON Petron yang dikuasai dengan teknologi aditif kami, TriAction Advantage yang memberikan perlindungan enjin dan kuasa yang lebih baik serta lebih kilometer,” ujar Choong.

Untuk menyerlahkan kecekapan Blaze 95, Petron telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Automotif dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk mengukur dan mengesahkan prestasi dan penggunaan bahan api setiap kereta yang mengambil bahagian.

FORMULASI TRIACTION ADVANTAGE

Dalam sesi perkongsian produk, para peserta diperkenalkan kepada Perkhidmatan Teknikal Petron yang diketuai oleh Penasihat Khidmat Teknikal Kanan di Petron, Chew Choy, yang berkongsi maklumat mengenai produk Petron, iaitu Blaze 100 Euro 4M Petron, 97 Euro 4M Petron, Blaze 95 Petron dan formulasi TriAction Advantage.

"Formula TriAction Advantage menawarkan kuasa yang lebih baik, lebih kilometer, dan perlindungan enjin terbaik kerana ia merupakan gabungan dari detergen, pengubah geseran dan penambahan aditif pembakaran organik dalam bahan api,” katanya.

Detergen yang terdapat di dalam TriAction Advantage memastikan sistem inlet enjin bersih, dan beroperasi dengan kecekapan maksimum. Kenderaan akan mengalami penggunaan tenaga dan bahan api yang lebih baik dengan pengubah geseran TriAction Advantage yang membantu mengurangkan geseran antara dinding piston dan silinder.

TriAction Advantage juga mengandungi penambahan pembakaran organik, sebatian organik bebas dan tidak berabu untuk melancarkan pembakaran bahan api. Ia menghasilkan tindak balas pemangkin, yang memecah rantaian molekular panjang, membolehkan lebih banyak oksigen bergabung dengan molekul karbon, sehingga menghasilkan bahan bakar untuk dibakar sepenuhnya, memberikan lebih kilometer yang lebih baik dan pelepasan kurang berbahaya.

Kembara tahunan Petron merupakan perjalanan jarak jauh yang menyeronokkan eksklusif untuk ahli media untuk mengalami pengalaman produk bertaraf dunia dan perkhidmatan peribadi yang ditawarkan hanya di stesen minyak Petron.