Remaja cedera langgar pokok tumbang

Iklan
Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang sehingga menyebabkan seorang remaja cedera dalam kejadian tersebut. - FOTO IHSAN BOMBA

TEMERLOH - Seorang remaja cedera selepas melanggar sebatang pokok yang tumbang di atas jalan awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Tengah, Jalan Temerloh-Triang kira-kira jam 5 pagi.

Iklan
Iklan

Mangsa, Muhammad Shahzriel Fahmy Roslan, 19, berasal dari Kampung Buntut Pulau, Temerloh sedang menunggang motosikal seorang diri ketika kejadian berlaku.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.12 pagi.

Iklan

Ketua BBP terbabit, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati sebatang pokok telah tumbang merentasi jalan terbabit.

Menurutnya, anggota terlibat memotong dan mengalihkan pokok tersebut dengan menggunakan gergasi berantai.

Iklan

"Operasi tersebut mengambil masa kira-kira setengah jam dan mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan selanjutnya," katanya.