Mohamed Azmin terharu dapat perhatian Mufti Wilayah

Iklan
Twitter Mohamed Azmin

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terharu apabila dakwaan mengaitkan dirinya dengan video intim mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad.

Menerusi ciapan di Twitternya beliau berkata, pertemuan bersama Zukifli semalam, mengukuhkan semangatnya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara.

Iklan
Iklan

"Saya amat terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri untuk saya dan keluarga tatkala badai fitnah mengganas," katanya hari ini.

Mohamed Azmin turut berkongsi sepucuk surat yang ditulis Zulkifli kepadanya yang menyampaikan pesan supaya konsisten berpegang dengan al-Quran dan sunnah dalam apa jua tindakan termasuk tugas harian.

Iklan

"Ingat pesan Nabi Muhammad SAW bahawa akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.

"Perbanyakkan solat malam dan bermunajat kepadaNya di sepertiga malam kerana ia ibarat busur panah yang laju mengena sasarannya. Itulah senjata paling ampuh dan kuat.

Iklan

"Beginilah para salafussoleh zaman dulu, mereka merintih dan mengadu kepada ALLAH SWT sehingga tersingkap segala kabus yang menenggelamkan cahaya yang menyinari.

"Saya sentiasa berdoa agar ALLAH yang Maha Kuasa memberikan kekuatan dan ketabahan tinggi dalam menghadapi saat yang genting ketika mana badai fitnah mengganas. Semoga gerhana ini berlalu pergi," katanya.