SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan menteri kabinet yang dikaitkan dengan sebuah video intim agar mengambil pendirian yang tepat dalam menangani isu tersebut.
Menurutnya, menteri tersebut seharusnya tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ada nilai harga diri.
Iklan
Iklan
"Ini adalah mengenai moral. Kalau dia ada nilai diri, dia harus tahu apa yang patut dilakukan, kita tidak boleh main paksa-paksa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majis Rumah Terbuka Hari Raya di Kampung Tanjung, Rantau hari ini.
Mohamad yang juga ADUN Rantau itu menambah, menteri berkenaan juga merupakan pihak pembangkang dan tidak boleh mendesaknya supaya berehat kerana perkara itu hanya boleh dilakukan kerajaan sahaja.