KPDNHEP rampas barangan tiruan bernilai RM655,854

Iklan
1

SERI KEMBANGAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita barangan tiruan berjenama dalam satu operasi ke atas dua premis berasingan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, dalam operasi serbuan di Balakong dan Seri Kembangan itu, pihaknya merampas barangan tiruan seperti kasut, baju dan seluar berjenama yang bernilai anggaran RM655,854.

Iklan
Iklan

"Operasi dilakukan sepasukan penguatkuasa KPDNHEP Shah Alam dan Kajang terhadap dua premis berasingan serta turut disertai wakil cap dagang.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis menyimpan pelbagai barangan seperti kasut, baju dan seluar berjenama Adidas (3,851 unit), Nike (1,356 unit) dan New Balance (557 unit) yang dianggarkan bernilai RM655,854.

Iklan

"Kesemua barangan tersebut disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

2

Selain itu, Azman berkata, tindakan dan siasatan dilakukan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda bagi perseorangan RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Iklan

Untuk kesalahan melibatkan syarikat pula, boleh didenda sebanyak RM15,000 bagi setiap unit.