'Miami Beach' Seberang Takir dicemari...

Iklan
Laluan khas disediakan kepada penunggang basikal dan pejalan kaki digunakan untuk meletakkan kenderaan.

KUALA NERUS - Pusat rekreasi mirip pantai Miami di Florida iaitu di Seberang Takir di sini, mendapat perhatian pengunjung termasuk dari luar sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Namun, keindahan pantai peranginan yang baharu itu dicemari dengan sikap mementingkan diri sendiri pengunjung yang boleh dilihat dengan ketara ketika meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Tinjauan di lokasi mendapati laluan khas disediakan kepada penunggang basikal dan pejalan kaki digunakan untuk meletakkan kenderaan sekaligus mampu menyumbang bahaya kepada pengguna lain.

Malah rata rata pengguna jalan raya turut menzahirkan rasa tidak selesa dengan keadaan itu termasuk seorang pesara tentera, Abdullah Ahmad, 50, ketika ditemui Sinar Harian di pantai peranginan berkenaan.

Iklan

"Kita tolak dulu isu tentang kekurangan ruang letak kereta. Ini kerana di kawasan letak kereta yang luas juga, mereka yang mempunyai perangai mementingkan diri sendiri tetap menunjukkan sikap malas.

"Kalau boleh jika hendak ke satu satu tempat, kenderaan itu mahu diletakkan betul-betul di depan mata, iaitu tempat yang hendak dituju. Keadaan yang sama juga berlaku di sini," katanya ditemui semalam.

Iklan
Ruang letak kereta disediakan tetapi kosong dan mereka memilih untuk meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

Katanya, senario itu memberi kesan dan mengundang bahaya kepada penunggang basikal dan pejalan kaki kerana mereka pula yang perlu menggunakan jalan raya untuk berbasikal dan berjalan kaki.

Seorang lagi pengunjung, Abdul Rahman Mohamad, 46, berkata, yang peliknya, ruang letak kereta telah disediakan tetapi kosong dan mereka memilih untuk meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

"Sikap sebegini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya lain tetapi pada masa sama menghalang penunggang basikal dan pejalan kaki lalu lalang di situ kerana ada kereta di atas laluan," katanya.

Katanya, sikap sedemikian juga boleh mengundang pergaduhan apabila mereka menjadi mangsa gores dan lari penunggang basikal dan motosikal. Kejadian seperti ini bukan tidak pernah berlaku.

Sehubungan itu, pengunjung berharap agar pemandu kenderaan lebih berhati perutlah apabila meletak kenderaan dan tidak hanya memikirkan bagaimana untuk memudahkan diri sendiri sahaja.

Tinjauan juga mendapati kehadiran pengunjung meningkat pada hari cuti umum iaitu pada Jumaat dan Sabtu susulan pemandangannya yang indah berlatarkan jambatan angkat atau ' drawbridge'.