KOTA KINABALU - PKR Kota Marudu mahu Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang selain keputusan tidak mahu memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan.
Ketua Cabangnya Sazalye Donol berkata, kepimpinan Nurul Izzah begitu penting pada masa kini bagi terus membakar semangat anggota parti selain puteri reformasi itu turut menjadi pemacu kepada aspirasi perjuangan PKR.