Warga emas rugi lebih RM27,000

Iklan
Mohd Wazir

KUANTAN - Seorang wanita warga emas membuat laporan polis semalam selepas ditipu sindiket penipuan menyamar sebagai pihak bank dan pegawai Bank Negara sehingga kerugian RM27,500.

Mangsa berusia 63 tahun berasal dari Raub diarahkan suspek supaya memindahkan wang dalam dua akaun banknya ke akaun yang diberikan bagi tujuan siasatan berhubung pengunaan kad kredit dari sebuah bank atas namanya.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, episod penipuan itu berlaku 31 Mei lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah bank memaklumkan tentang penggunaan kad kredit atas namanya yang dipohon di cawangan bank berkenan di Johor Bahru.

Menurutnya, mangsa menafikan tentang kad berkenaan kerana dia tidak pernah memohon untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Iklan

"Seperti biasa, suspek menyambungkan panggilan kepada ahli sindiket menyamar sebagai pegawai Bank Negara kononnya untuk semakan.

"Pada 4 Jun, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita memintanya ke sebuah bank berdekatan untuk membuat pindahan wang berkaitan kes berkenaan.

Iklan

"Mangsa diarahkan agar memindahkan wang dari dua akaunnya ke akaun atas nama seorang lelaki dan diberi amaran agar tidak mendedahkan tentang transaksi itu kepada pihak lain,” katanya.

Mohd Wazir, mangsa yang tidak menyedari dia sedang ditipu akur dengan arahan itu apabila memindahkan semua wangnya dan resit transaksi dikoyak bagi mengelak diketahui keluarga atau pihak lain.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati wang dalam akaunnya lesap setelah dipindahkan ke akaun milik orang lain yang tidak dikenali.

"Mangsa syak dia ditipu lalu tampil membuat laporan polis semalam.

‘Hasil siasatan mendapati saspek memperdaya mangsa kononnya dia mempunyai kad kredit yang didaftarkan atas namanya sehingga terpedaya membuat pindahan ke akaun pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan dibuat mangsa, pihaknya membuka kertas siasatan kes berkanaan mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan.