Petani, penternak Gopeng terima tawaran sewa tanah

Iklan
Sandrea

GOPENG – Seramai 35 petani dan penternak di Mukim Teja di sini hari ini menerima surat tawaran sewaan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bagi melaksanakan penternakan ikan dan tanaman kontan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 20 merupakan penerima surat tawaran sewaan tanah daripada Dun Teja, manakala 15 lagi petani dan penternak dari Dun Tualang Sekah.

Iklan
Iklan

Adun Teja, Sandrea Ng berkata penyerahan sewaan tanah itu bertujuan membangunkan industri tanaman kontan dan penternakan akuakultur yang merupakan salah satu penyumbang sektor ekonomi di negeri ini.

"Kita memahami isu sewaan tanah ini menjadi faktor yang menjejaskan sektor pertanian dan penternakan di sini sejak sekian lama dan akhirnya perkara ini dapat diselesaikan dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat berkenaan di Lawan Kuda Baru di sini hari ini yang diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah PPPNP Loh Sze Yee.

Iklan

Sandrea berkata para petani dan penternak perlu mengusahakan tanah secara optimum seterusnya membuat pelaburan jangka masa panjang sekali gus dapat menambah pendapatan mereka.

Katanya kerajaan negeri akan membantu dari segi teknikal, penyelidikkan dan pembangunan serta pemasaran produk.

Iklan

Sandrea berkata setiap penternak dan petani perlu membayar sewa tanah sebanyak RM600 sehektar bagi tempoh setahun dan boleh memperbaharuinya selepas tamat tempoh sewaan selepas tiga tahun mengikut perjanjian yang ditetapkan.- Bernama.