ALAPPUZHA - Seorang polis wanita dari daerah Alappuzha di Kerala dilaporkan maut dibakar oleh rakan sekerjanya semalam.
Soumya Pushpakaran, 34, dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki skuter apabila seorang rakan sekerja dikenali sebagai Ajas, mengejar mangsa dengan kereta.
Iklan
Iklan
Menurut saksi kejadian, Ajas merempuh mangsa dan menyerangnya sebelum mencurah petrol lalu membakar wanita itu yang cuba melarikan diri.
Mangsa yang juga ibu beranak tiga maut di tempat kejadian sementara penyerangnya yang turut mengalami luka kebakaran dimasukkan ke hospital.
Menurut polis, motif sebenar serangan masih dalam siasatan. - NDTV