Seorang orang asli Sungai Berua dimasukkan ke hospital

Iklan
Dr Mohd Jusoh

KUALA TERENGGANU - Seorang pesakit orang asli berasal dari Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Jumaat lalu kerana mengalami gejala batuk dan sesak nafas.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.57 malam selepas mendapatkan rawatan di hospital kerana demam sejak dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Dia memaklumkan demam lebih kurang dua minggu lalu tetapi mengalami gejala batuk baru sahaja tiga hari lepas, jadi disebabkan takut, dia terus datang mendapatkan rawatan di hospital.

"Secara peribadi, saya berpendapat sebahagian orang asli di kawasan ini telah mengetahui tentang kepentingan mendapatkan rawatan setelah melihat keputusan pesakit ini datang sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Iklan

Beliau berkata, sehingga kini seramai sembilan pesakit orang asli yang mana lapan daripadanya terdiri dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan masih menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Jelasnya, kesemua mereka ditempatkan di wad berasingan bagi memudahkan pihaknya melakukan pemantauan dan rawatan.

Iklan

"Bagaimanapun kesemua mereka kini dilaporkan stabil dan kami akan terus melakukan pemeriksaan ke atas kesemua masyarakat orang asli di negeri ini," katanya.