Orang asli Kuala Koh mula pulang

Iklan
Masyarakat orang asli suku Batek, Kuala Koh mula pulang ke kediaman mereka sejak hari ini.

GUA MUSANG - Perkampungan orang asli suku Batek Kuala Koh yang sebelum ini sunyi sejak seminggu lalu kembali tenang selepas penduduk mula kembali ke kediaman mereka sejak pagi tadi.

Lebih 60 keluarga kembali ke rumah masing-maing berikutan mereka mula berasa selamat, walaupun 12 kematian misteri penduduk di perkampungan itu masih belum diperolehi sehingga kini.

Iklan
Iklan

Tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin mendapati penduduk mula menjalani kehidupan seperti biasa dan melakukan aktiviti harian.

Turut menyertai lawatan Pengarah Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Azizan Abu Taat.

Iklan

Seorang masyarakat orang asli, Kulim Tebu, 72, berkata, dia mula pulang dan kini merasa lebih selamat selepas 12 mayat penduduk yang mati secara misteri telah ditemui dan hanya menunggu proses laporan lanjut dari pihak berkuasa.

"Walaupun punca kematian mereka masih belum diketahui namun kami bersyukur kerana bekalan air bukan punca utama berhubung kes itu.

Iklan

"Jadi kami sepakat kembali biarpun sebelum ini sudah tiga bulan alami masalah bekalan air bersih.

"Kini kami mula dapat gunakan air yang dibekalkan pihak berkaitan dan harapan kami agar bekalan air bersih ini berterusan," katanya.

Sementara itu, Mamat Pokok, 31, berkata, mereka nekad berpindah sebelum ini ekoran kes kematian misteri itu dan khuatir dengan kesihatan mereka.

"Kini kami rasa lebih selamat dan tidak lagi khuatir dengan kawasan keselamatan penempatan di kampung kami.

"Apapun kami harapkan agar bekalan air bersih ini berterusan pada masa akan datang dan kerajaan dapat bantu walaupun masih kurang bekalan infrastruktur yang lain," katanya.