Trip bulan madu Noh Salleh & Mizz Nina sambil beramal

Iklan

PENYANYI, Noh Salleh akur dengan hakikat yang masih belum dikurniakan zuriat.

Biarpun begitu, Noh hanya meletakkan takdir itu pada ketentuan Ilahi.

Iklan
Iklan

"Bercakap fasal cahaya mata ini keputusan-Nya. Jadi, sampai masanya nanti untuk kami nikmati menimang anak, insya-ALLAH Dia bagi.

"Bagaimanapun, andai belum waktunya kami tetap reda," kata Noh sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Iklan

Noh dan isteri, Mizz Nina yang kini mengikuti Misi Kemanusiaan Cinta Syria Malaysia berkata, kerja amal yang dilakukan itu diibaratkan sebagai trip bulan madu.

"Barulah saya sedar... rupanya inilah trip bulan madu kami berdua sekarang.

Iklan

"Selama 14 hari ini kami berkepit buat kerja amal seantero dunia.

"Nikmat apa lagi yang Dia tak berikan? Pokok pangkalnya, give back and be happy," tuturnya.

Untuk rekod, pasangan penyanyi ini berkahwin pada 1 Julai 2011