Op Cegah Samseng: 122 saman dikeluarkan

Iklan
Zundin Mahmood

TEMERLOH - Sebanyak 122 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pada Op Cegah Samseng Jalanan dan Lumba Haram yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di KM2, Jalan Temerloh-Mentakab di sini, awal pagi tadi.

Kesalahan berkait nombor pendaftaran mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 35 saman diikuti penggunaan aksesori tidak dibenarkan (26), tiada lesen (24), tiada cermin sisi (19), tiada cukai jalan (11) dan lain-lain kesalahan (7).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, pada operasi bermula jam 1 hingga 8 pagi itu, 60 motosikal diperiksa.

"Hasilnya 45 motosikal ditahan dan dibawa balik ke balai kerana penunggang tiada lesen memandu serta diubahsuai," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya lagi, turut ditahan seorang penunggang selepas dikesan menggunakan motosikal bernombor pendaftaran palsu.