Isteri Netanyahu mengaku salah guna dana awam

Iklan
Sara (kiri) mencapai konsesi dengan mahkamah untuk membayar semula dana awam yang telah disalah guna.

TEL AVIV - Isteri kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengaku bersalah menyalahgunakan dana awam.

Sara Netanyahu dituduh membelanjakan AS$99,300 (RM413,832) untuk bayaran katering luar untuk menjamu tetamu kenamaan selepas mendakwa tiada tukang masak di kediaman Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Di bawah perjanjian rayuan, Sara diarahkan membayar semula AS$12,490 (RM52,052) dan denda AS$2,777 (RM11,573).

Pendakwa raya Erez Padan berkata, pihak pendakwa telah mencapai konsesi penting yang membawa kepada pengadilan seimbang dan tepat.

Iklan

Keputusan itu telah menjimatkan masa mahkamah kerana jika tidak seramai 80 saksi kes tersebut perlu dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 2016, mahkamah membayar ganti rugi berjumlah AS$47,000 (RM195,872) kepada bekas amah, Meni Naftali yang mendakwa dia dihina secara lisan oleh Sara.

Iklan

Sebelum ini, suaminya turut berdepan tuduhan rasuah, penipuan, pecah amanah melibatkan tiga kes. - Agensi