Heret lembu dua kilometer

Iklan
Sekumpulan lembu. Gambar kecil, Mohamad Zul Awang Senik.

TUMPAT - Kawasan ragut rumput masih digenangi air menyebabkan penternak lembu terpaksa mengheret lembu sejauh dua kilometer sejak lima hari lalu.

Mohamad Zul Awang Senik, 46, berkata, banjir yang melanda Kampung Bendang Pak Yong menyebabkan banyak kawasan bendang ditengelami air.

"Banjir dah pulih tetapi kawasa bendang masih ada air.

"Terpaksalah saya heret lembu ke Jalan Kasban tempat tinggi dan banyak rumput untuk lembu peliharaan saya sebanyak enam ekor," katanya.

Menurutnya, memandangkan dia terpaksa berulang-alik dua kilometer, dia mengheret lembunya dengan motosikal.

"Air yang melimpah atas jalan pun hampir surut, memudahkan saya mengheret lembu ke jalan Kasban itu," katanya.

Menurutnya, lazimnya setiap kali banjir air akan naik mendadak tetapi tahun ini berbeza.

"Air naik tak banyak sebab itu saya masih heret lembu berulang-alik cari padang ragut untuk lembu ini.

"Biasanya kalau banjir saya tinggalkan lembu di jalan Kasban kerana di kawasan itu sahaja yang tidak ditenggelami banjir," katanya.

Banjir akibat limpahan sungai Golok di kampung Bendang Pak Yong, Kubang Sawa, Kuala Jambu pulih walau pun ada sesetengah kawasan rendah masih lagi digenangi air.

Cuaca panas hari ini dijangkakan kawasan kediaman yang masih digenangi air akan surut sepenuhnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan