Ketahui gejala-gejala strok

Iklan
Pesakit strok perlu menjalani rawatan untuk kembali pulih.

STROK atau dikenali angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Ia berlaku akibat penyempitan saluran darah ke bahagian otak atau salur darah pecah.

Sebahagian daripada tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.

Iklan
Iklan

Di antara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Sebagai persediaan menghadapi penyakit ini, maka apakah gejala-gejalanya yang perlu anda tahu?

Iklan

1) Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan

2) Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba

3) Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba

4) Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu

5) Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata

6) Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

7) Sukar menelan

Sebenarnya anda boleh mengelak daripada terkena serangan strok/angin ahmar, tetapi bagaimana caranya?

Iklan

1) Kawal tekanan darah

2) Kawal tahap kolesterol

3) Kawal penyakit diabetes

4) Amalkan cara pemakanan sihat

5) Berhenti merokok

6) Kerap bersenam

7) Menangani tekanan mental

8) Kurangkan pengambilan minuman keras

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)