KLANG – Tindakan berani dua anggota polis meredah kolam tadahan banjir berjaya memberkas seorang penjenayah dalam kejadian di Jalan Persiaran Delima 2, Bandar Parkland, di sini, kelmarin.
Suspek warga Indonesia sebelum itu yang menaiki motosikal Honda EX5 dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah mengarahkan lelaki berusia 26 tahun itu untuk berhenti.
Menurutnya, lelaki tersebut bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis sebelum memecut laju sejauh kira-kira 1.5 kilometer.
"Sampai di lokasi kejadian, lelaki tersebut kemudian telah meninggalkan motosikalnya sebelum terjun ke kolam tadahan banjir.
"Dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal telah masuk ke dalam kolam dan berjaya menahan lelaki terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal yang dinaiki suspek ini dilaporkan hilang pada 10 November lalu.
Katanya, suspek kini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Insiden penangkapan itu telah menjadi tular di laman sosial Facebook selepas orang ramai memuat naik video detik-detik kejayaan polis.