MUAR - Tiada perasaan mampu diungkapkan ibu tunggal tatkala mengenangkan tanggungjawab keluarga terpaksa digalas setelah pemergian suami Ogos lalu.
Zalina Ahyak, 53, berkata, setelah lebih 20 tahun melayari alam perkahwinan, inilah pertama kali dia menggalas amanah berseorangan demi memastikan kesempurnaan hidup buat empat anak yang masih bersekolah dan menuntut di universiti.
"Tak nafikan sedih bila kenangkan ini pertama kali perbelanjaan persiapan persekolahan anak-anak dibuat sendirian. Selama ni, kita berbelanja seisi keluarga, arwah suamilah yang akan pantau barang-barang untuk anak beli.
"Namun, tahun ni semuanya berubah kerana hanya saya seorang yang harus menyediakan segala-galanya buat mereka. Memang tak nafikan bila lihat anak-anak cari barang sekolah, rasa hiba sebab teringatkan suami yang tiada di sisi,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Zalina, arwah suaminya yang bekerja sebagai kakitangan rendah dalam sektor kerajaan meninggal dunia Ogos lalu akibat kanser tulang.
Katanya, selama ini, aktiviti berbelanja barang persekolahan pastinya ditunggu-tunggu dan menjadi detik gembira mereka seisi keluarga kerana keterujaan anak-anaknya yang mahu memulakan sesi sekolah baharu.
"Sebab dah biasa buat sama-sama, jadi bila tiada arwah temankan hari ini rasa lain sangat. Selain itu, saya fikir apakah saya mampu galas tanggungjawab ni dengan pastikan persiapan sekolah anak lengkap?
"Kerana saya pun hanya bekerja sebagai operator kilang jadi pendapatan tidaklah mewah. Kalau ada arwah suami dulu memang dialah yang uruskan perbelanjaan, kita cuma bantu mana yang patut,” katanya.
Zalina berkata, ketika ini, dua anak perempuannya bakal memasuki tingkatan lima dan tingkatan satu manakala dua lagi anak lelakinya kini berusia 20 dan 18 tahun yang merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat.
Bagaimanapun, ujian menimpa Zalina saat ini mendapat perhatian apabila terpilih sebagai penerima program Back To School anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan Pasaraya Econsave.
Program tahun kelima itu julung kali turut mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan NGO, Helwa Muar.
Zalina berkata, melalui pemberian baucar bernilai RM200 buat seisi keluarga, ia dapat meringankan bebannya sebagai ibu tunggal dalam memenuhi keperluan sekolah anaknya.
"Kalau sebelum ini, belanja bagi seorang anak termasuk pakaian dan alat tulis sahaja dah cecah RM200, jadi bila dua anak bersekolah pastinya sehingga RM400.
"Namun, Alhamdulillah, bantuan dari keempat-empat pihak ini amat membantu saya sebaik pertama kali menjadi penerima program ini. Jumlah selebihnya cuma saya tambah mana yang patut,” ujarnya.
Terdahulu seramai 40 keluarga terdiri daripada golongan asnaf menerima sumbangan baucar berkenaan.
Pengurus Pasaraya Econsave Muar, Aw Wee Siang berkata, pihaknya berpuas hati melihat keceriaan golongan ini dalam memenuhi kelengkapan sekolah anak masing-masing.
"Ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami. Di Econsave, kami faham masalah dihadapi masyarakat dan selain misi menawarkan barangan dengan harga berpatutan, sebahagian keuntungan pasaraya turut dikongsi kepada golongan yang memerlukan," katanya.