SEBAGAI sebuah negara membangun, bandar-bandar di Malaysia sedang mengalami urbanisasi yang pesat.
Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, terdapat kemunculan kepelbagaian bangunan pejabat beraras tinggi dan juga kondominium.
Tidak kurang juga dengan kepelbagaian jenis kediaman sama ada teres setingkat, teres dua tingkat, banglo, dan semi-D yang dibangunkan oleh pemaju.
Bagaimanapun, perkembangan tidak semestinya memberi manfaat itu kepada masyarakat.
Oleh demikian, pengasas dan pengetua Arkitek Mustapha Kamal juga merupakan salah seorang hakim dari Harta Guru Asia Property Asia Awards 2019 Malaysia, Ar Mustapha Kamal Zulkarnain berkongsi pandangan berkenaan hal-hal berkaitan merangkumi keseluruhan aspek seni bina di samping strategi perancangan bandar, perkembangan berorientasikan pengangkutan ke atas hartanah dan jenis perkembangan yang harus dirancang oleh perancang bandar serta pemaju.
Menurut Mustapha, reka bentuk sesebuah perbandaran yang baik memenuhi dimensi harmoni dan daya hidup.
"Ia melihat masa depan dalam konteks masa lalu dan masa sekarang kerana ia bertujuan membantu mengekalkan keseimbangan antara manusia dan sifatnya. Kecantikan pula adalah inspirasi sementara fungsi adalah mandatnya.
"Seni bina yang hebat berasal daripada gabungan bakat, pengalaman, dan pemahaman tentang isu-isu yang terlibat dalam projek.
"Pereka yang baik pastinya akan dapat menggabungkan konsep tradisional dengan visi baru untuk menghasilkan projek yang luar biasa. Malah, ia perlu memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia.
"Justeru, reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan kehidupan manusia sememangnya sesuatu yang amat penting yang perlu difokuskan di dalam seni bina,” katanya ketika ditemubual Sinar Harian di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Empat nilai Mustapha berkata, dalam memastikan pemaju menuju ke arah perancangan perbandaran yang baik dengan melihat kepada perkembangan berorientasikan hartanah, mereka perlu menitikberatkan empat nilai utama.
"Empat nilai utama berkenaan meliputi kepelbagaian, nilai, kepentingan dan memberi semangat.
"Tanpa empat nilai utama berkenaan, sesuatu perkembangan di dalam sesebuah perbandaran yang dimajukan oleh pemaju akan menjadi kurang menarik perhatian dalam kalangan pembeli," katanya.
Katanya, dalam menilai kepelbagaian sesebuah perkembangan perbandaran mahupun hartanah perlulah mempunyai aspek hubungan dan fleksibiliti.
"Misalnya, perlu ada lorong pejalan kaki antara kedudukan bangunan atau kediaman terbabit, supaya suasana persekitaran tidak terlalu bosan dan pengguna boleh merasai keselesaan dalam menikmatinya.
"Nilai pula adalah jenis perkembangan sesuatu perancangan bandar atau hartanah, perlu ada kemudahan-kemudahan lain, bukan sahaja setakat menyediakan pasar raya, namun ia perlu dilengkapkan dengan rangkaian kedai-kedai untuk memberi nilai tambah sesuatu kawasan tersebut.
"Berkenaan nilai kepentingan pula, ia perlu direncanakan pelan yang komprehensif yang akan meliputi perdagangan, pendidikan dan gaya hidup. Pastinya apabila adanya elemen tersebut, ia akan memacu kepada pertumbuhan sesebuah perbandaran.
"Begitu juga dengan lokaliti itu harus mempunyai semangat. Pergi mana-mana sahaja, dengan dilengkapi kemudahan serta infrastruktur, ia akan dapat memenuhi keperluan penghuni kediaman hartanah terbabit,” katanya.
Jelasnya, proses kreatif adalah sebuah sinergi demi menghasilkan reka bentuk yang luar biasa dan mewujudkan tempat orang dengan daya hidup.
"Disiplin seperti perancangan Induk, rekabentuk bandar dan senibina harus ditekankan untuk mencapai penyelesaian reka bentuk kreatif yang berfungsi dalam segi ekonomi dan budaya supaya berkesan untuk pelanggan dan mesra pengguna.
"Itu sebabnya empat nilai utama itu penting untuk dipenuhi dalam sesebuah perbandaran, jika tidak bandar atau hartanah tidak dapat maju dan mati begitu sahaja,” katanya.
Kajian
Dalam membangunkan sesebuah perbandaran mahupun hartanah, pemaju perlu membuat kajian mengenai populasi, kependudukan di sesuatu kawasan.
Beliau berkata, setiap kawasan berbeza dari segi jumlah populasi dan kependudukan.
"Jadi penting untuk setiap pemaju melihat faktor tersebut selain apa yang diperlukan oleh populasi penduduk. Contohnya seperti di Subang Jaya dan Bangsar di mana setiap pembangunan pasar raya yang ditempatkan di dua kawasan tersebut, memenuhi keperluan penduduk di situ.
"Individu yang mereka bentuk pembinaan, pembangunan sesebuah kawasan tidak kiralah dalam mereka bentuk bangunan komersial, pejabat mahupun hartanah, perlu pandai melihat apa yang diperlukan penduduk sekeliling supaya pertumbuhan kawasan berkenaan memenuhi keperluan semua, termasuk dari segi pengangkutan.
"Jika tidak melihat aspek tersebut, tidak mustahil kawasan atau perbandaran berkenaan akan ‘mati’,” katanya.
Nilai tambah
Dalam memastikan sesebuah perbandaran, hartanah, bangunan komersial dan pasar raya dapat menarik perhatian orang ramai, setiap pemaju bersama dengan pereka bentuk perlu memasukkan faktor keseronokan dalam seni bina.
Mustapha berkata, ketika ini trend mampan bagi sesebuah reka bentuk adalah dengan memastikan orang ramai berkunjung ke tempat tersebut.
"Setiap bangunan komersial, hartanah, perbandaran dan pasar raya perlulah mempunyai beberapa aspek yang boleh beri keseronokan kepada orang ramai datang ke sana.
"Aspek pertama adalah perlulah cantik, ada nilai, beri ketenangan, selain modul kepingan seni. Semua aspek itu mampu memberi keseronokan kepada pengunjung yang datang,” katanya.
Reka bentuk Dalam industri hartanah katanya, negara berhadapan kekurangan pembeli tempatan dan kerana itulah kebanyakan daripada pembeli hartanah di negara ini adalah warga asing.
"Walhal ada hartanah yang dibangunkan oleh pemaju tidak terjual sekali gus mewujudkan lambakan unit rumah," katanya.
Perkara itu amat membimbangkan dan beliau mencadangkan kepada setiap pemaju hartanah supaya dapat menghasilkan pembangunan hartanah yang benar-benar berkualiti di samping reka bentuk yang signifikan.
"Setiap reka bentuk hartanah harus mencakupi nilai pembelian yang dibuat oleh pembeli. Kreativiti dalam reka bentuk itu perlu sentiasa dijaga supaya ia dapat memberi insentif.
"Menjadi pegangan tanpa nilai kreatif, ia tidak akan membawa kelainan dalam reka bentuk seni bina. Selain itu, indeks bangunan hijau perlu dititikberatkan supaya momentum pembangunan itu dapat dikecapi sepenuhnya," katanya