ANGIN dalam badan membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika tidak ditangani, ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian kepala dan perut pula rasa tidak selesa.
Selalunya petua untuk membuang angin dalam badan dikaitkan dengan halia. Ya, halia amat bagus untuk kesihatan tidak kira buat lelaki mahupun wanita. Pun begitu, jumlah halia perlu dikurangkan buat wanita yang hamil.