KUALA NERUS - Luar biasa. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehebatan Por Hui Ling, 11, apabila berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini yang diumumkan kelmarin.
Pelajar tunggal bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring, itu memperoleh semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam, Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.
Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, itu juga bukan sahaja dapat membaca, menulis jawi dengan begitu baik tetapi juga boleh membaca al-Quran.

Hui Ling menunjukkan tulisan jawi yang ditulisnya