Asrama pekerja Bangladesh musnah terbakar

Iklan
Asrama yang terbakar dalam kejadian tersebut pagi ini.

BERA -Sebuah asrama pekerja yang menempatkan pekerja Bangladesh di ladang Triang Selatan 1 di sini musnah akibat kebakaran yang berlaku pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kejadian berlaku ketika semua pekerja keluar bekerja.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, anggota balai itu tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa di laporkan kerana semasa kejadian semua pekerja keluar bekerja.

Iklan

"Pada masa ini kita masih menyiasat punca kebakaran dan kos kerugian dalam kes ini," katanya di sini hari ini.

Ujarnya, kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke bangunan lain.

Iklan