Perluaskan Akta 789 kepada golongan bekerja sendiri

Iklan
Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, menyampaikan bantuan skim kepada pencarum.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor berharap Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dapat diperluaskan kepada lebih ramai individu yang bekerja sendiri di negeri ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata, akta tersebut perlu dipanjangkan kepada golongan petani, nelayan dan pekerja warung.

Iklan
Iklan

"Kalau dapat diusahakan ke arah itu, ia memberikan lagi pulangan yang lebih baik untuk rakyat yang lebih ramai.

"Kita sedia maklum bahawa masalah kemalangan ini berlaku setiap masa dan kadang-kadang tanpa dijangka seperti yang kita lihat operasi dilakukan polis trafik selama 14 hari tetapi kemalangan banyak,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bersama Pemimpin Masyarakat 2019 Peringkat Johor yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan ilat memberikan kesan kepada sesebuah keluarga.

Iklan

"Andai kata mereka yang terlibat tadi adalah mereka yang tidak ada caruman, mungkin dia seorang nelayan, pekebun atau pekerja warung, jadi ia memberikan kesan kepada keluarga yang ditinggalkan.

"Itu sebab pada saya kalau dapat dilaksanakan program ini (Akta 789) lebih menyeluruh, ia amat baik kepada rakyat secara umumnya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memaklumkan liputan faedah Skim Insurans Bencana Pekerjaan diperluaskan kepada mereka yang bekerja sendiri terutama pemandu teksi, Grab dan bas sekolah melalui Akta 789.

Sebelum ini, Perkeso hanya mentadbir satu akta sahaja iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1971 (Akta 4), namun kini melaksanakan dua akta baharu iaitu Akta 789 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).