Makna sebalik bunga

Iklan
ROS merah paling diminati wanita kerana melambangkan sifat romantik dan kecantikan.

BUNGA dan wanita sukar untuk dipisahkan memandangkan sifat bunga yang cantik dan harum simbolik pada keperibadian seseorang wanita.

Jadi tidak hairanlah, kaum Hawa pantas mengukirkan senyuman apabila pasangan mahupun sahabat menghadiahkan jambangan bunga sebagai tanda cinta dan terima kasih.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, lelaki dinasihatkan supaya jangan memberikan jambangan bunga kepada ibu, isteri atau teman tanpa mengerti definisi di sebalik warna dan jenis flora tersebut terlebih dahulu.

Justeru, Oh! Lelaki berkongsi empat bunga yang paling popular dalam kalangan wanita.

Iklan

Ros merah

Iklan

Ros merah merupakan bunga yang paling diminati wanita kerana melambangkan sifat romantik dan kecantikan.

Ros atau mawar lazimnya diberikan kepada cinta hati pada sambutan ulang tahun perkahwinan atau hari jadi sebagai terjemahan cinta yang tidak berbelah bahagi.

Matahari

Bunga matahari adalah simbol kesetiaan dan kagum terhadap pasangan. Selain matahari, ia juga dikenali sebagai 'bunga bahagia'.

Daisi

Bunga daisi (aster) membawa kepada definisi kesetiaan dan kesabaran.

Menurut kumpulan mitologi kuno bunga berkenaan simbolik pada kasih sayang ibu. Sebab itu, jambangan bunga daisi sentiasa menjadi hadiah ideal kepada wanita yang selamat melahirkan bayi.

Lili putih

Bunga lili pula membawa makna kesucian, kemanusiaan dan kesopanan. Selain sesuai dihadiahkan kepada orang tersayang, bunga ini juga tampak menawan dijadikan bunga tangan pada majlis perkahwinan.

SETIAP bunga mempunyai makna tersendiri.