LOKASI pelancongan dan pusat membeli-belah terkenal, Freeport A'Famosa Outlet (FAO) akan mengadakan jualan larut malam bermula Sabtu dan Ahad ini, bagi menghargai pengunjungnya.
FAO dalam kenyataannya memaklumkan, program jualan yang menawarkan diskaun harga sehingga 75 peratus di kedai-kedai terpilih yang bermula jam 9.30 malam itu, merupakan kesinambungan program tahun lalu bagi memberi peluang orang ramai membeli barangan pada harga berpatutan.
Menurut kenyataan itu, ia juga sebagai simbolik melangkah ke Tahun Melawat Melaka 2019 dan dalam masa yang sama bersempena cuti persekolahan serta perayaan Krismas pada Selasa ini.
"Terdapat pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjung pada tahun ini berbanding tahun lalu.
"Ini termasuk barangan jenama Skechers yang menawarkan jualan serendah RM99 untuk barangan terpilih. Selain itu, Sacoor turut menawarkan pembelian dua barangan dengan potongan harga sebanyak 75 peratus serta kedai-kedai lain yang mengambil bahagian," katanya.
FAO turut mengundang kumpulan pelawak, Bocey bagi memeriahkan program selama dua hari itu yang akan diserikan dengan pelbagai aktiviti lain seperti permainan, belanja putar dan menang serta hadiah dan baucar membeli-belah untuk dimenangi serta pusingan bonus yang menawarkan hadiah istimewa.
"Kita berharap orang ramai dapat mengambil kesempatan untuk berkunjung ke FAO yang akan menawarkan pelbagai potongan harga istimewa," katanya.