Perang teknologi AS-China jejas manfaat lencongan dagangan, pelaburan

Iklan
Dr Ong Kian Ming

PETALING JAYA - Perang teknologi antara Amerika Syarikat dan China akan mengurangkan manfaat jangka pendek lencongan perdagangan dan pelaburan ke Malaysia yang diraih susulan perang dagangan antara kedua-dua kuasa besar ekonomi itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata, perang dagangan Washington-Beijing itu menyaksikan Malaysia meraih manfaat jangka pendek berikutan lencongan dagangan dan pelaburan dari sumber yang pada awalnya untuk memasuki atau keluar dari China.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, apabila ini menular kepada perang teknologi, ia sebaliknya hanya mengancam untuk mengurangkan jumlah permintaan agregat yang diterima.

"Lencongan dagangan dan pelaburan itu juga tidak banyak memberi kesan sekiranya permintaan agregat itu berkurangan dan boleh memberi kesan ekonomi yang serius baik jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada acara makan malam Konvensyen Ekonomi Malaysia 2019 di sini malam ini.

Iklan

Menurutnya, Malaysia perlu merangka satu pelan strategik melibatkan China untuk menyelaras respon sama ada dari perspektif kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan atau sektor swasta.

"Pelan ini dapat menangani perkara seperti menarik pelaburan berkualiti tinggi dari China dan bukan hanya pelaburan yang dipaksa keluar dari China atas alasan persekitaran," katanya.

Iklan

Kian Ming berkata, pelan itu juga boleh menyenaraikan kaedah untuk meningkatkan nilai eksport Malaysia ke China bagi membolehkan negara meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai serta menggalakkan syarikat kecil dan besar tempatan melabur dan meneroka pasaran strategik di China. - Bernama