ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang meninggal dunia dalam mahkamah.
"Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas roh Allahyarham serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambaNya yang soleh," katanya di Twitter.
Iklan
Iklan
Erdogan sebelum ini pernah mengkritik Presiden Abdel Fattah al-Sisi berhubung layanan buruk ke atas tahanan gerakan Ikhwanul Muslimin termasuk tokoh tertingginya, Mursi.
Hubungan antara Turki dan Mesir hampir tidak wujud sejak tentera dipimpin al-Sisi menggulingkan Mursi yang merupakan sekutu rapat kepada Erdogan pada 2013.
Mursi, 67, digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden. - Agensi