Isu 'Miami Beach' Seberang Takir dapat perhatian MB Terengganu

Iklan

KUALA TERENGGANU - Keindahkan pusat rekreasi 'Miami Beach' di Seberang Takir di sini yang dicemari sikap pengunjung yang sesuka hati berhenti di situ tanpa meletakkan kenderaan di tempat khas, mendapat perhatian Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil berat isu tersebut dan akan menyediakan kawasan khas atau 'side area' bagi memudahkan pengguna jalan raya berhenti untuk merakam gambar di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Kita tahu orang akan berhenti ambil gambar di laluan yang cantik itu lebih-lebih lagi ia berlatar belakang jambatan angkat. Kalau kita tak sediakan tempat, mereka akan berhenti di mana-mana sahaja.

"Mungkin kita boleh pertimbangkan untuk wujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka berhenti.

Iklan

"Bukan parkir, tetapi lebih kepada 'side area' yang mereka boleh berhenti untuk bergambar," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri, di Dataran Shahbandar semalam.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas sikap pengguna jalan raya yang sengaja meletak kenderaan mereka di laluan basikal di jalan pantai Seberang Takir di Kuala Nerus kerana dikhuatiri akan merosakkan proses penanaman rumput di laluan itu.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, tindakan lebih tegas akan diambil bagi memastikan lalu lintas di kawasan itu berjalan lancar setelah jambatan angkat beroperasi secara rasmi Julai nanti.

Katanya, ia bagi memastikan semua pengguna dapat menikmati kemudahan disediakan.

"Bagi laluan dari jalan Pantai Seberang Takir, ada tempat yang memang tak boleh berhenti ada yang tidak boleh.

"Sepanjang tempoh percubaan jambatan angkat bermula 2 hingga 17 Jun, kita dapati banyak perkara yang perlu ditambah baik. Jadi, kita akan tambah baik termasuk dari segi lampu isyarat dan sebagainya," katanya.

Terdahulu seorang pengguna media sosial menularkan gambar beberapa pengguna jalan raya berhenti di bahu jalan sehingga merosakkan laluan yang sedang dibina itu.

Sinar Harian turut melaporkan tindakan beberapa pengguna jalan raya itu mengundang rasa tidak puas hati orang ramai yang berkunjung ke situ.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Miami Beach' Seberang Takir dicemari...