KECOH kalangan warganet apabila beberapa pemuda dilihat sedang mendera dua ekor monyet dan pada masa yang sama turut merekod kejadian tersebut.
Perkara itu tular apabila ia dikongsikan oleh seorang pengguna di laman twitter namun tidak dipastikan dimana lokasi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Malah mereka juga meminta pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera kepada sekumpulan pemuda itu.
Video yang berdurasi 30 saat itu yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih 1,000 ulang siar dan ditonton kira-kira 37,600 tontonan wargenet.
Antara komen-komen warganet.
"Tak sampai hati nak tengok," tulis @ainyacob.
"Harap sudah ada orang buat laporan. Buat pengajaran kat orang lain. Tak belajar dari kes tembak monyet haritu agaknya dorang ini," tulis @seirafie.
"Janganlah buat monyet itu. Buat laporan polis... dia dera monyet itu," tulis @Umihzrh.