Apa khabar pelakon Benjy...

Iklan

MASIHKAH anda ingat kisah seorang pelakon Malaysia yang sedang dipenjara di Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Benjy?

Dua tahun lalu, dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan denda sebanyak Rp800 juta (RM251,359) oleh Mahkamah Indonesia atas cubaan menyeludup syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Iklan
Iklan

Sehari selepas Benjy dijatuhi hukuman, adiknya Elza Irdalynna membuat luahan tentang isu tersebut.

Anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawaty itu menulis, walau Benjy membuat salah dan keputusan tidak baik, Benjy tetap abangnya, tetap darah dagingnya.

Iklan

"Dia merupakan abang yang menjaga saya dan adik perempuan saya semasa ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil lagi, dia diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah kami dan terpaksa mengorbankan masa bermainnya dengan rakan sebaya supaya dia boleh menjaga kami.

”Pada Disember tahun lalu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat Benjy di penjara mendedahkan, Benjy berdepan risiko menghidap sakit tibi jika tidak dirawat dan memerlukan dana sebanyak RM1,000 sebulan.

Iklan

Kenapa cerita Benjy timbul pula setelah sekian lama?

Beberapa minggu lalu, penulis berpeluang menonton filem Sanju. Lakon layar filem itu digarap molek sekali oleh sutradaranya, Rajkumar Hirani dan ditulis oleh Hirani dan Abhijat Joshi.

Filem itu yang diadaptasi daripada kisah benar aktor Bollywood, Sanjay Dutt benar-benar menyentuh perasaan serta membuat penonton berfikir mengapa seseorang melakukan kesalahan berulang dan siapakah pencetus untuk mereka kembali ke pangkal jalan?

Liku-liku kisah Benjy ini hampir menyamai kehidupan Sanjay Dutt. Andai ada yang berpeluang menonton filem ini, fikirkanlah Benjy.

Kita pernah dihiburkan dengan hasil lakonan ibu dan anak ini. Pasti ada sesuatu yang boleh kita buat untuk bantu Benjy.